PERMATA Children Intelligence Scale

Program ini adalah kerjasama antara NCDRC, UPSI | Bahagian PERMATA | Pusat PERMATAPintar. Ianya dibuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun sahaja.
Ujian ini dibuka secara online bermula 15 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017 dan kanak-kanak boleh mengambil ujian pada bila-bila masa mengikut keselesaan dengan bantuan orang dewasa. Orang dewasa HANYA dibenarkan membacakan soalan kepada kanak-kanak dan menekan/menaip jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan di setiap muka.
Sekiranya ujian ini dilakukan oleh pihak sekolah/Taska/pusat aktiviti bersama kanak-kanak, pihak tersebut bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran dari ibu/bapa/penjaga kanak-kanak sebelum membenarkan kanak-kanak untuk menduduki ujian ini.
Kanak-kanak tidak diminta untuk menamatkan ujian dalam satu sesi yang panjang. Mereka boleh mengambil ujian, berhenti dan menyambung semula ujian pada bila-bila masa mengikut keselesaan dengan bantuan orang dewasa.
Orang dewasa HANYA dibenarkan membacakan soalan kepada kanak-kanak dan menekan/menaip jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan di setiap muka.
Penilaian dan pemilihan bagi mengikuti perkhemahan sains akan dibuat selepas tarikh tutup ujian. Nama calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email sekitar November 2017. Oleh itu, sila pastikan maklumat email yang akan dimasukkan di bahagian profil adalah tepat dan terkini serta boleh dihubungi.